kenalilah...

Thursday, 11 August 2011

Qiam pada malam ramadhan dgn mengerjakan tarawih

Dan sesungguhnya telah sepakat sekalian umat islam keatas kesunatan menghidupkan malam di bulan ramadhan kerana beramal dgn sabdaan Nabi sallaAllahu'alaihi wasallam .....

من قام رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

yg ertinya: barangsiapa yg menghidupkan ramadhan dalam keadaan penuh keimanan(terhadap kefardhuan puasa ramadhan) dan ''ihtisaban''/pengharapan(ganjaran dan pahala dari Allah) nescaya akan diampunkan baginya dosa2nya yg terdahulu...(riwayat al bukhari dan muslim)
Dan lebih2 lagi pada sepuluh malam terakhir kerana menuntut lailatul qadr.Sabda RasuluLLah sallAllahu 'alaihi wasallam:

"أطلبوا ليلة القدر في العشر الأواخر "

''Tuntutlah/carilah oleh kamu lailatul qadr pada sepuluh malam terakhir.'(Riwayat Imam Ahmad bin hambal dan atTabronii)'

Dan sesungguhnya telah berkumpul sebahagian Sahabat dibelakang RasuluLLah sallaAllhu 'alaihi wa alihi wasallam yg sedang bersembahyang didalam masjid,maka bersembahyang lah mereka bersama Baginda dua atau tiga kali.Kemudian Baginda tidak lagi keluar solat berjemaah bersama mereka kerana simpati/belas kasihan dan kasih sayang dgn umatnya supaya ianya tidak difardhukan keatas mereka.Telah meriwayatkan Ummul Mukmini A'isyah radhiaAllahu 'anha :

yg mafhumnya : "Bahawa RasuluLLah salLaLLahu 'alaihiwasallam telah solat pada satu malam dimasjid maka solat lah bersama baginda oleh manusia,kemudian baginda solat pada malam berikutnya maka mnjadi semakin ramai manusia(solat bersamanya).Kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau keempat.Akan tetapi Rasulukah tidak juga keluar berjemaah bersama mereka.Maka apakala subuh bersabda oleh Baginda : sesungguhnya aku telah lihat apa yg kamu perbuat,dan tiada yg mncegah aku daripada keluar kepada kamu melainkan bahawa aku takut/khawatir bahawa ianya(qiam ramadhan) difardhulkan keatas kamu." Dan peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan.(riwayat al Bukhari dan Muslim)bersambung...