kenalilah...

Monday, 24 January 2011

Mari Mengenal Sayyid Ja'far Al Barzanji R.A. ( siri 2 )

Perkataan 'Berzanji' yg dinisbahkn kpd namanya diambil dri kg asal keturunannya ini,tersimpan cerita dan sejarah yg mnarik.Pada asalnya,kg ini tlh dimkmurkn olh dua saudara iaitu Musa r.a. dn Isa r.a. Kedua2nya merupakn wali qutub besar dn moyang Sayyid Ja'far al Barzanji r.a. yg terdapt di Iraq.

Ketika dua saudara ini bermusafir ke Syahrazur pada penghujung zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah,mereka berehat dan tidur seketika di bawah sebatang pokok.Salah seorang dari mereka,Sayyid Isa r.a. bermimpi melihat melihat Rasulallah s.a.w. menyuruh beliau menetap di suatu tmpt yg dinamakan Barzanji.Di dalam mimpi tersebut,Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya,"Sesungguhnya kubur kamu dan kubur saudara kamu adalah ditempat ini.Binalah masjid di sini(sambil mengisyaratkan dgn tangannya dan menanda kawasan tersebut dengan tongkatnya)."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,"Galilah dari sini(sambil menunjukan kawasan tersebut dgn tangan Baginda yg mulia).Maka air akan keluar dari tempat ini."

Kemudia Baginda s.a.w menyapu ubun kepala Sayyid Isa r.a. Setelah terjaga,beliau mengkhabarkan mimpi tersebut kepada saudaranya Musa r.a. Sesungguhnya kelihatan cahaya terpancar di tempat sapuan Baginda s.a.w. tersebuit. Selepas itu Sayyid Isa r.a. sentiasa melabuhkan serbannya di atas ubun kepalanya (untuk menutup sinar cahaya tersebut).

Setelah mengumpulkan org ramai,mereka pun mula membina masjid di tempat yg ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w. Tetapi salah satu dari dari batang kurma yg dijadikan tiang masjid tersebut pendek dan tidak sama panjang dengan batang kurma yg lain.Maka Sayyid Isa r.a. memegang salah satu hujung batang kurma tersebut dan Sayyid Musa r.a. memegang sebelah hujung yg lain.Lalu kedua-duanya membaca basmalah dan kayu tersebut menjadi sama panjangdengan kayu-kayu yg lain..

Sesungguhnya,ini merupakan nikmat Allah S.W.T. yg dikurniakan kepadanya.Dengan penuh rasa rendah diri dan kagum terhadap kekuasaan Allah S.W.T,Sayyid Muhammad ibn Rasul al Barzanji r.a. mengubah syair mengungkapkan nikmat tersebut :

جذعان فخري يشهدان بمجدي # جذع هنا قد حنّ لجدّي موسى

ثان ببرزنجي بمسجدها الذي جدّي # وعيسى أسّسهاه بجدّ أعظم

وعمّي امتدّ في أيديهما # لخارق جذعنا الممتدّ


"Dua batang kurma yg menjadi kebanggaanku menyasikan kemuliaanku,sebatang daripadanya di sana (Madinah) telah merindui nendaku (Rasulullah s.a.w.)

Batang yg keduanya berada di Barzanji iaitu di masjid yg diasaskan oleh MUsa a.s. dam Isa a.s. dengan penuh kesungguhan.

Nendaku Musa) dan nendaku saudaraku(Isa), menjadi panjang batang kurma tersebut dikedua tangan mereka.Muliakanlah dan besarkanlah Allah S.W.T. yg mencarik adat bagi batang kurma yg menjadi panjang untuk kami."

Disebut di dalam al Fusul, bahawa masjid ini masih kekal hingga ke hari ini dan makmur.Sayyid Hassan ibn Sayyid Sulaiman al Barzanji menyatakan,bahawa di tiang2 masjid ini diletakkn besi bagi memelihara bangunan tersebut yg hampir2 roboh ditelan zaman.Didalam masjid ini pula,terdapat sebuah kolam air.Sesiapa yg tidur didalam masjid ini pada waktu malam, apabila ia terjaga dari tidur dia akan mndapati dirinya di dalam kolam tersebut.Oleh kerana itu,tidak kedapatan seorang pun yg tidur di dalam masjid ini.Ini merupakn kemuliaan yg telah Allah S.W.T. kuniakan ke atas masjid ini yg dibina oleh kekasih2Nya untuk mejaganya dari decemari oleh perkara2 yg tidak baik dan tidak beradab...


Bersambung.....