kenalilah...

Thursday, 30 December 2010

Mari Mengenal Sayyid Ja'far Al Barzanji R.A. ( siri 1 )

KETURUNAN DAN KELAHIRANNYA...

Nama beliau ialah Ja'far ibn Hasan ibn Abdil Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qub al arif Sayyid Rasul ibn Abdis Sayyid ibn Abdir Rasul ibn Qalandar ibn Abdis Sayyid ibn Isa ibn al Husain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdil Karim ibn al Qutb al a'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'far al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainil Abidin al Sajad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al IMAM AMIRIL MUKMININ ALI ibn ABI TALIB

Beliau dilahirkan pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 H di Madinah al Munawwarah...

Thursday, 8 April 2010

adakah aku mampu....

Assalamualaikum w.b.t..ahlan bikum..Ok ea...kali ni kawan ingin bagitau yang kawan ingin berkongsi berkenaan perkara2 yg perlu kawan dalami dlm masa sebuln lbih dari sekarang.So apa kata kita tgk apa dia.....

Untuk semester/fasal kedua thun ini kawan sbagai salah seorang penuntut di Jabatan Akidah dan Falsafah harus mndalami ilmu2/kitab2 yg mnjadi silibus kami pada kali ini di uni. al azhar cawangan shibin el kom ini.Madah/Subjek2 yg harus kawan ambil adalh seperti berikut ;
1) Falsafah Islamiyyah
2) Al Falsafah Al Yunaniyyah
3) 'Ilmu AlNafs
4) Alfurq Al Islamiyyah
5) Tauhid (Ust. Abu Ishaq Al asfarayini r.a.)
6) Tayarat mu'asarah

selain daripada perkara2 di atas yg mnjadi kemestian bagi kami di jabatan akidah dan falsafah untuk mndalaminya..ada lagi tambahan madah untuk kami iaitu...
7) Fiqh(qodhoya iqdishodiyyah mu'asarah)
8) Tafsir(manhaj mufassirin)
9) Alkhotobah
10) tasawwuf
11) Manahij Mufassirin...

maka itulah dia madah2 yg harus kawan hbiskan dlm masa sebulan lebih ni..semoga allah beri kemudahan ameen....

Monday, 5 April 2010

ahlan bikum ya akhi

1 - matan Ghayah wa Taqrib atau lebih dikenal dengan matan Abi Syuja`

Pengenalan kitab Matan Ghayah wa taqrib

Kitab ini karya al-Imam al-Qadhi Syihabuddin Abu Syuja` Ahmad bin Huesin
al-Ashfahani al-`Abbadani as-Syafi`i, dilahirkan pada tahun 433 hijriyah
bersamaan dengan 1041 masehi di kota Basrah .

Beliau seorang yang soleh, baik hati tekun beribadah dan terkenal dengan
keilmuannya, pernah dilantik menjadi menteri pada tahun 447 hijriyah, dalam
memegang jawatan tersebut beliau sangat adil dan bijaksana, tidak akan keluar
dari rumah kecuali shalat terdahulu dan membaca al-Qur`an, beliau memiliki
sepuluh orang petugas untuk membagi-bagikan sedekah, setiap seorang membawa
seratus dua puluh ribu dinar.

Abu Syuja` belajar fiqih mazhab Syafi`i selama empat puluh tahun lebih,
kemudian beliau bermukim di kota Madinah, menyapu masjid Rasulullah saw,
membentang tikar dan menyalakan lampu masjid sampai beliau menutup mata pada
tahun 593 hijriyah, kemudian beliau dikuburkan dimesjid yang beliau dirikan
terletak di pintu Jibril, sedangkan kepalanya berhampiran dengan kuburan
Rasulullah sawbahagian timur.

2 - Fathul Qarib al-Mujib fi Syarhi alfazhi at-Taqrib, terkadang-kadang dibaca juga dengan
hasyiyahnya Bajuri.

Pengenalan kitab Fathul Qarib al-Mujib fi Syarhi alfazhi at-Taqrib

kitab ini adalah merupakan Syarah kitab Matan Abi Syuja`, pengarangnya adalah
Syamsuddin Muhammad Qaasim bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazzi al-Qahiri
as-Syafi`i, dilahirkan pada bulan Rajab tahun 859 hijriyah, beliau berhasil
menghapal al-Qur`an, matan Syathibiyah, matan Minhaju at-Tholibin karang
Imam Nawawi, matan al-Fiyah al-Hadits, al-Fiyah an-Nahwi, dan kebanyakkan
dari matan Jam`ul Jawami`.

Pada tahun 881 beliau pindah ke kota Cairo, dikota ini beliau menghabiskannya
dengan mengajar di Jami` al-Azhar, dan memberi khutbah di masjid benteng
Shalahuddin al-Ayyubi sehingga beliau meninggal dunia pada tahun
918 hijriyah.

3 - Tuhfatu at-Thullab Bi Syarhi Tahriri tanqihi al-Lubab,terkadang-kadang di baca dengan
Hasyiyahnya as-Syarqawy.

Pengenalan dengan Tuhfatu at-Thulab, kitab ini adalah Syarah dari Tahrir
Tanqih al-Lubab yang dikarang oleh Syeikh Zakariya al-Ansori, kemudian
disayarahkan sendiri olehnya, merupakan kitab rujukkan di berbagai pondok
pesantren, tetapi kitab ini sudah mulai banyak dilupakan orang sehingga di
Mesir sendiri tidak ada yang mempelajarinya, Sahah al-Husofiyah
al-Langkatiyah pernah membuka ktiab ini sebagai asas pengajian setiap
harinya, bahasanya yang sulit membuat banyak kalangan santri yang tidak
ingin membacanya padahal manfa`atnya sangat besar sekali.

Sedangkan pengarangnya adalah Imam Zainuddin Abu Yahya Zakaria bin Muhammad
al-Ansori, dilahirkan pada tahun 826 hijriyah, belajar ilmu agama dan
menekuni mazhab Imam Syafi`i sehingga menjadi pemuka mazhab Syafi`iyah,
kealiman beliau menjadikan beliau menyandang kedudukan Qadhi besar di Mesir
selama sepuluh tahun, kehidupan sehari-hari beliau diisi dengan mengajar di
Jami` al-Azhar as-Syarif dan berfatwa, diakhir hidup beliau dicoba dengan
hilangnya penglihatan beliau, hal ini berlaku selama sepuluh tahun, banyak
hasil karya beliau membuktikan bahwa umur beliau begitu berkat dan berharga.

Beliau meninggal dunia pada tahun 926 hijriyah dan dikuburkan di Masjid
Imam Syafi`i berhampiran dengan kuburan Imam Syafi`i, ini satu kemulian
kepada beliau.

Kitab -kitab yang telah kami sebut diatas merupakan pegangan pelajar-pelajar
Pondok tetap berdiri tegar mempertahankan mazhab Syafi`idi Nusantara, misi dan visinya tetap berjalan dengan lancar walaupun pada saat ini sudah banyak orang yang mengajak umat
agar meninggalkan mazhab Syafi`i agar dan tidak bermazhab lagi.

Diantara ulama-ulam yang menjadi Fakar-fakar Fiqih di pesantren Musthafawiyah
adalah : Syeikh Musthafa Husein al-Mandili, beliau merupakan pendiri
pesantren dan telah disebutkan oleh KH Sirojuddin Abbas di dalam bukunya
Keagungan Mazhab Syafi`i dan belajar fiqih Syafi`iyyah dari Syeikh Ahmad
Khatib al-Mankabawi di Makkah, Syeikh al-Faqih Abdul Halim Khatib, Syeikh
Zainuddin Musa, Syeikh Sabil , Syeikh Syafi`i Daulay, Syeikh Mukhtar
Ro`isul Mua`allimin, Syeikh Mahmuddin Pasaribu, Syeikh Hasan Basri Lubis,
dll....tulisan oleh uztazuna syeikh husni genting....tapi ana edit skit...wassalam